Perpecahan Acacius berlangsung selama 35 tahun, dari tahun
484 hingga tahun
519, akibat aliran pemimpin agama Kristian Timur ke arah faham
Miafisitisme. Dalam peristiwa-peristiwa yang menuju ke Perpecahan,
Paus Felix dari Rom menulis dua pucuk surat, satu surat kepada
Zeno dan satu surat lagi kepada
Acacius, Bapa
Constantinople, untuk mengingatkan mereka tentang keperluan mempertahankan agama tanpa kompromi, sebagaimana yang dilakukan sebelum itu.Apabila John Talaia yang dibuang dari
Alexandria tiba di Rom dan melaporkan tentang apa yang berlaku di Timur, Felix menulis dua pucuk surat lagi untuk menyuruh Acacius ke Rom agar menjelaskan kelakuannya. Para
duta Vatikan yang membawa surat Felix ke
Constantinople dipenjarakan sebaik sahaja mereka mendarat dan dipaksa menerima
Perjamuan Suci daripada Acacius sebagai sebahagian
liturgi. Dalam liturgi tersebut, mereka mendengar
Peter Mongus dan nama penyokong-penyokong
Miafisitisme yang lain disebut dalam
diptic. Selepas mendengar perkara itu daripada para rahib golongan
Acoemetae di
Constantinople, Felix mengadakan
sinod pada tahun
484 untuk mengutuk duta Vatikannya serta menggulingkan dan
mengucilkan Acacius. Acacius membalas dengan menghapuskan nama Felix daripada
dipticnya. Hanya rahib golongan Acoemetae di Constantinople mengekalkan kesetiaan mereka kepada Rom. Oleh itu, Acacius memenjarakan Cyril,
abbot merkea. Acacius meninggal dunia pada tahun
489 dan penggantinya, Flavitas (atau Fravitas, 489-90), mencuba mendamaikan
Rom, tetapi enggan melepaskan perjamuan suci dengan para penyokong faham Miafisitisme atau mengeluarkan nama Acacius daripada dipticnya. Zeno mangkat pada tahun
491 dan pewarisnya,
Anastasius I (491-518) memulakan pemerintahannya dengan mengekalkan dasar
Henoticon, akan tetapi baginda kemudian beransur-ansur menerima dan mengamalkan faham
Miafisitisme.